Jangan Terperangkap Dengan Propaganda PN Berkaitan Isu Lawatan PM Ke Arab Saudi

Jangan Terperangkap Dengan Propaganda PN Berkaitan Isu Lawatan PM Ke Arab Saudi

Jangan Terperangkap Dengan Propaganda PN Berkaitan Isu Lawatan PM Ke Arab Saudi

Mungkin kerana ketandusan isu, Perikatan Nasional (PN) cuba mempolitikkan isu yang cukup remeh.

Isu mengenai lawatan perdana menteri, Anwar Ibrahim, ke Arab Saudi.



2 hujah Wan Ahmad Fayhsal (MP Machang) untuk membuktikan kononnya lawatan Anwar ke Arab Saudi gagal dan memalukan negara adalah:

  1. Perdana Menteri tidak dapat bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota, Mohamad Salman.
  2. Anwar Ibrahim tidak diberi peluang untuk memasuki Kaabah sebagaimana menjadi kelaziman apabila ada pemimpin utama sesebuah negara Islam melawat Arab Saudi.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/660129

Berdasarkan 2 hujah tersebut, maka Wan Fayhsal cuba meminta parlimen supaya membincangkannya melalui usul khas.



Penulis bersetuju, sekiranya pemimpin utama sesebuah negara tidak dapat menemui pemimpin utama negara yang dikunjungi, ianya agak mendukacitakan.

Malah, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa isu tersebut boleh menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara tersebut.

Memang benar seperti dakwaan PN, ketika lawatan Anwar ke Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota beliau berada di Arab Saudi.

Wisma Putra Sudah Memberikan Penjelasan

Tetapi mengapa Anwar tidak dapat bertemu Raja Salman sudah dijelaskan oleh Wisma Putra.



Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/wisma-putra-perjelas-jadual-lawatan-pm-ke-saudi-diatur-rapi/

Menurut Wisma Putera, kerajaan Arab Saudi telah meminta supaya Anwar melanjutkan tempuh lawatan beliau ke Arab Saudi.

Permintaan ini dilakukan supaya pihak Arab Saudi dapat mengaturkan pertemuan antara Raja Salman dan Anwar Ibrahim.



Namun pihak sekretariat terpaksa menolak kerana jadual Anwar yang ketat turut membabitkan beberapa negara lain seperti Kemboja dan China.

Wan Fayhsal juga mendakwa mungkin ‘sikap dingin’ Arab Saudi itu berpunca dari penutupan King Salman Centre for International Peace di era PH berkuasa selama 22 bulan.

Apakah Wan Fayhsal lupa, yang menjadi perdana menteri ketika itu adalah Dr Mahathir.

Dan menteri luar pula adalah Saifuddin Abdullah, kedua-duanya dari PPBM ketika itu.



Tetapi satu fakta yang Wan Fayhsal lupa, lawatan Anwar ke Arab Saudi tidak menyebabkan Menteri Haji Arab Saudi dipecat, sebagaimana lawatan Muhyiddin.

Isu Remeh Cuba Di Perbesarkan

Hujah kedua pula adalah mengenai peluang untuk memasuki Kaabah.

Kaabah adalah pusat kiblat kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan hanya kerabat rapat Raja Arab Saudi sahaja yang dibenarkan memasukinya.

Baca di sini:



http://www.jutawan.bbn.my/2019/04/04/golongan-di-raja-saja-boleh-masuk/

Dan hanya Raja Arab Saudi sahaja yang boleh memberi kebenaran kepada pemimpin asing untuk memasuki Kaabah.

Oleh kerana Anwar tidak berkesempatan untuk menemui Raja Salman, maka sudah tentu keizinan untuk memasuki Kaabah tidak dapat diberikan.

Wan Fahysal mesti bijak membezakan antara tidak mendapat keizinan dengan tidak berkesempatan memohon keizinan.

Sekurang-kurangnya tidaklah sampai ke tahap perdana menteri tuan rumah meninggalkan sesi sidang media sebagaimana yang berlaku kepada Dr Mahathir.

Jadi, tidak perlu kita turut hanyut dalam propaganda kelas murahan dari Wan Fayhsal dan PN.

Menyelesaikan masalah rakyat dan negara adalah keutamaan Kerajaan Perpaduan.

 

Jangan Terperangkap Dengan Propaganda PN Berkaitan Isu Lawatan PM Ke Arab Saudi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button