Khairy jadi calon bebas jika tidak dapat Rembau?

Oleh – Bakhtiar Omar


Khairy jadi calon bebas jika tidak dapat Rembau?

Kontroversi siapa jadi calon di Parlimen Rembau masih belum ada jawapan jelas. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, masih menaruh harapan untuk kekal di Rembau.

Bagaimana jika beliau tidak dicalonkan di Rembau? Adakah kemungkinan Khairy akan bertanding sebagai calon bebas dan memilih platform lain selepas itu?

Segalanya tidak dapat dipastikan sehingga penamaan calon dan pembahagian kerusi diumumkan. 

Tidak dapat dinafikan Khairy mempunyai karektor sebagai seorang ahli politik yang mahu pembaharuan dalam Umno. Pemikiran yang lebih terbuka antara tarikan Khairy untuk anak muda namun ia kurang sesuai dipraktikkan dalam politik Kemelayuan Umno.

Khairy jadi calon bebas jika tidak dapat Rembau?

Beliau mahu Umno yang lebih terbuka dalam menerima idea-idea yang sebahagiannya menjadi ‘teras’ parti politik lawan. Mungkin gaya terbuka Khairy sesuai untuk pengundi bandar tetapi tidak sesuai dengan pemikiran luar bandar yang mementingkan adab sopan.

Apatah lagi kerusi Rembau mempunyai jumlah penduduk mencecah 210,209 (Statistik Banci 2020)

Khairy jadi calon bebas jika tidak dapat Rembau?

Kaum Bumiputera pula jauh mengatasi kaum lain dari pecahan etnik di Rembau dengan 78.9% berbanding Cina 7.1%, India 13.6% dan lain-lain 0.3%.

Perbandingan majoriti Rembau juga memberi isyarat kawasan tersebut memerlukan ‘muka baru’ bagi mengimbangi lawan pada PRU15.

Khairy jadi calon bebas jika tidak dapat Rembau?

Pada 2013, Khairy mencatat majoriti sebanyak 18,357 undi manakala pada 2018 beliau hanya memperolehi 4,364 undi. Dari jumlah pengundi juga, Rembau menunjukkan penurunan jumlah keseluruhan yang mengundi.

REMBAU BUKAN LAGI ‘KUBU’ UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN

Pada 2013 jumlah undi yang diperolehi Khairy adalah 43,053 tetapi pada 2018 beliau hanya mendapat 36,096. Penurunan jumlah undi sebanyak 6,957 undi adalah besar dan ini memberi isyarat Rembau bukan lagi ‘kubu’ untuk Khairy.

Khairy jadi calon bebas jika tidak dapat Rembau?

Mungkin sudah tiba masanya Khairy mencari ‘angin baru’ untuk beliau bertanding memandangkan angka-angka statistik yang sudah tidak menyebelahinya. Mungkin kawasan yang mempunyai lebih ramai anak muda ‘bandar dan moden’ sesuai untuk beliau.

Cuma sekarang semua pihak ingin tahu adakah beliau akan meninggalkan Umno atau tidak sekiranya tidak terus bertanding di Rembau?

Siapa tahu ada pihak lain yang mengalu-alukan kehadirannya dalam parti mereka?

penafian – artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak menggambarkan pendirian MyTvOnline, sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker