Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit

Sempat buat ‘scaling’ bahagian bawah saja!



Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit

Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit
Insyirah panik dan terkejut selepas menyedari seekor lipas hinggap ke topeng muka yang dipakainya.
SEBUT sahaja lipas, abang sado pun pasti terkejut jika tiba-tiba serangga berkaki enam itu terbang dan hinggap di wajah.
Inikan pula kaum hawa yang kebanyakannya akan geli geleman apabila melihatnya.Maka tidak hairanlah apabila video seorang wanita menjerit terkejut selepas menyedari seekor lipas ‘bertenggek’ di topeng mukanya menjadi tular di media sosial.Kejadian yang dirakam itu berlaku ketika dia sebagai doktor gigi sedang merawat pesakit yang juga adiknya sendiri.

Berkongsi detik cemas yang dialami, Dr Nurul Insyirah berkata, dia tidak menyangka momen indah yang ingin dirakam itu berakhir dengan ‘tragedi’ selepas diganggu seekor lipas.

Memulakan cerita kepada mStar, ujar wanita berusia 21 tahun itu, dia rasa sangat gembira sebelum kejadian berlaku kerana pertama kali melakukan rawatan ke atas adiknya yang digelar Irfan.

“Adik saya pertama kali nak suruh periksa gigi dia… itulah yang buat saya rasa gembira dan ingin simpan satu memori.

“Jadi saya pun mula letak telefon untuk rekod proses rawatan ke atas adik. Apabila adik dah baring, saya nak adjust lampu untuk memudahkan rawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Tapi tak sangka pula lipas ada dekat atas lampu dan terbang atas kepala saya,” ujarnya yang sememangnya anti lipas.

Menurutnya, disebabkan terkejut dengan serangga tersebut, dia menjerit dan terus bangun dari tempat duduk.

Lagipun ujarnya, ia kejadian pertama berlaku di dalam klinik.

“Sebelum ni tak ada pula kejadian lipas terbang-terbang. Itulah yang buat lagi terperanjat,” luahnya kepada mStar.

Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit
Insyirah sudah berpengalaman selama tiga tahun sebagai doktor gigi.

Namun baginya, apa yang lebih mengejutkan adalah adik lelakinya turut menjerit.

Walhal, dialah ‘penyelamat’ keluarga ketika berada di rumah.

“Apabila ada kejadian seperti itu di rumah, memang adik saya yang jadi hero.

“Entah kenapa dekat klinik tiba-tiba dia ikut menjerit sekali. Mungkin sebab geli apabila tengok lipas tu besar dan lari laju ke arah dia.

Sebelum ni tak ada pula kejadian lipas terbang-terbang, itulah yang buat lagi terperanjat. – DR NURUL INSYIRAH DOKTOR GIGI

 

“Ataupun di rumah dia tiada pilihan lain melainkan jadi ‘hero’ sebab saya dan mak memang lari terpekik masuk bilik apabila nampak lipas.

“Jadi dialah yang terpaksa selesaikan tugas kerana kami dua beradik sahaja,” katanya yang berpengalam lebih tiga tahun sebagai doktor gigi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Malah Insyirah bersyukur kerana kerana adiknya adalah individu terakhir yang dirawat pada hari tersebut.

Pun begitu, rawatan lanjut tidak diteruskan kerana kedua-dua mereka berasa takut jika ‘diserang’ serangga tersebut sekali lagi.

“Memang tak teruskan rawatan pada adik. Dapat bersihkan gigi bawah dia saja dan yang atas tu hari lain sahaja.

Insyirah gembira kerana pertama kali melakukan rawatan pergigian ke atas adiknya.

Lagipun Irfan tak mahu sebab takut lipas terbang masuk mulut semasa rawatan dilakukan.

“Lipas tu tak jumpa tapi keesokan harinya nampak dia mati sendiri… mungkin terhidu alkohol ataupun apa-apa bahan kimia yang ada dalam klinik,” ceritanya yang menganggap kejadian tersebut sebagai ‘hari bertuah’ untuk adiknya.

Sehingga kini video yang dikongsikan warga Singapura itu ditonton lebih 2.4 juta pelayar TikTok selain turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rata-rata meluahkan rasa trauma untuk mendapatkan rawatan pergigian kerana bimbang lipas termasuk ke dalam mulut mereka.

Warganet meninggalkan komentar gurauan pada video Insyirah.

“Takut la nak pergi dental kalau ada lipas… nanti mulut buka, lipas terbang masuk.

“Kelakar tapi takut juga… Please get pest control asap! Bahaya lipas dalam klinik,” luah beberapa netizen.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen gurauan dengan mengaitkan pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Patient kat luar be like ‘macam tu sekali sakitnya cabut gigi?’ Dah pikir 1001 alasan macam mana nak cancel treatment.

Patient kat luar mesti macam ‘menyesal buat appointment hari ini‘.

“Yang tengah que kat luar tu confirm hilang lepas dengar jeritan,” ujar beberapa netizen lagi yang merasa kelakar melihat video berkenaan.

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15

 

Lipas punya hal doktor gigi melompat panik, pesakit ikut menjerit

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker