Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 131

BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini menurun kepada 131 orang setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, berkata jumlah itu membabitkan 33 keluarga di sekitar Sri Gading.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 195 mangsa yang membabitkan 49 keluarga dilaporkan terjejas pada jam 4 petang semalam.



“Kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.

“Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, banjir berlaku susulan pertembungan hujan lebat bermula jam 1.30 pagi sehingga 4 pagi pada Rabu lalu dan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, hanya satu PPS yang beroperasi dan menempatkan mangsa banjir sejak 1.30 pagi Rabu lalu. Cuaca dilaporkan hujan setakat jam 8 pagi ini,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button