Noor Nabila Dan Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Noor Nabila Dan Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Noor Nabila Dan Engku Emran Sah Bercerai Talak SatuMemetik Harian Metro, kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila dan pasangan, usahawan Engku Emran Zainal Abidin dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Nabila yang dihubungi Harian Metro memaklumkan bahawa dia reda dan menyifatkan perceraian itu sebagai takdir yang sudah tertulis.

Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.

Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dari segi emosi dan fizikal sepanjang konflik sehinggalah termeterainya perceraian antara dia dan Engku Emran pada hari ini.

Ujar Nabila lagi, perceraian kali ketiga dalam rumah tangganya kali ini bukanlah sesuatu yang dirancang sebaliknya ketentuan Allah S.W.T.

Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda.

Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan. Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya.

Terdahulu, Nabila memaklumkan bahawa dia dan Engku Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas bekas suaminya itu ada menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan rumah tangga yang dibina sejak tahun 2021.

Kredit: Harian Metro

Noor Nabila Dan Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker