Muhyiddin sudah sedia tekan butang PRU

Beranikah Muhyiddin tekan butang?



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin sudah sedia tekan butang PRU

Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya sudah bersedia untuk menekan butang PRU.

Dalam kenyataan beliau kepada wartawan, Muhyiddin menganggap Ismail Sabri Yaakob telah gagal menguruskan masalah ekonomi negara ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kesusahan hidup.

“Tetapi saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya (umum) diadakan supaya sebuah kerajaan baru yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” – Muhyiddin Yassin, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Kenyataan Muhyiddin itu sebenarnya ibarat meludah ke langit apabila cuba menggambarkan kegagalan Keluarga Malaysia.



Muhyiddin sudah sedia tekan butang PRU

Rakyat masih ingat ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. Sehingga hari ini Muhyiddin masih tidak dapat menjawap dari mana dan kemana peruntukan sebanyak RM600 biliion yang digunakan semasa proklamasi darurat dikenakan ke seluruh negara.

“Dalam jangkamasa darurat di lakukan, RM600,000,000,000.00 atau RM600 billion telah dibelanjakan.

“Rakyat hanya mengetahui angka ini, tidak ada siapa yang memberi penjelasan malah apabila Parlimen di gantung” – Razlan Rafii

Perlu juga diingatkan, Muhyiddin merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang berstatus Menteri ketika ini.

Apa pula tindakan MPN bila laporan menunjukkan 61% rakyat Malaysia berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60), iaitu dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan selepas pandemik Covid-19.

Muhyiddin sudah sedia tekan butang PRU

Muhyiddin pernah menggugut untuk menekan ‘butang’ (PRU) ketika PRN Melaka berlangsung namun kemudiannya memberi alasan memikirkan rakyat. Semua sedia maklum, Perikatan Nasional ketika itu tidak sekuat mana, jadi untuk nampak gagah, Muhyiddin terpaksa menggunakan taktik demikian.



Pada PRU15, PN dijangka akan mengalami masalah besar jika pertembungan melibatkan lebih dari 3 penjuru. 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker