Paul Pogba kini di bawah perlindungan polis di Turin

Skandal memeras ugut yang mengaitkan bintang Juventus, Paul Pogba, menyaksikan pemain tengah itu kini berada di bawah perlindungan polis di Turin, menurut laporan di negara asalnya, Perancis.

Pogba menjadi sasaran kumpulan penjenayah terancang yang turut melibatkan abangnya yang dipercayai menuntut 11.3 juta pound (RM58.6j).

Menurut laporan Le Parisien, Mathias Pogba kini telah ditahan dan akan didakwa tidak lama lagi termasuk empat individu lain.

Awal bulan ini, pejabat pendakwa raya Paris membuka siasatan kehakiman terhadap dakwaan Paul Pogba bahawa dia menjadi sasaran cubaan pemerasan dan ugutan daripada kumpulan penjenayah.

Mereka dipercayai terdiri daripada rakan-rakannya pada zaman remaja yang bersenjatakan senapang M16 dan meminta pampasan wang perlindungan selama 13 tahun.

Pogba yang sedang dalam pemulihan lutut dipercayai mula diganggu sejak Mac lalu ketika masih bergelar pemain Manchester United sebelum kembali ke pangkuan Juventus awal musim ini.

Dia dipercayai sempat membayar 85,000 pound (RM440,934) kepada kumpulan penjenayah terbabit pada musim panas lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker