Pegawai polis ditemui mati dengan kesan tembakan

SINGAPURA – Seorang pegawai polis ditemui mati dengan kesan tembakan di Bayfront Avenue, di sini, jam 1 pagi tadi.

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan insiden itu kepada BERITAmediacorp hari ini.

Menurut SPF, mangsa adalah pegawai dari Divisyen Polis Central dan berusia 29 tahun.

“Beliau kemudian disahkan meninggal dunia. Senjata api dijumpai di tempat kejadian dan diambil (oleh polis),” menurut SPF.



BERITAmediacorp menerima maklumat mengenai insiden itu menerusi Whatsapp, dengan dua gambar dimuat naik. Seorang individu yang berada di kawasan itu mendakwa melihat kejadian berkenaan.

Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki terbujur di MBS Boardwalk (Laluan Tepi Pantai MBS) dan sepucuk pistol ditemui dekat dengan lelaki berkenaan.

Satu lagi gambar menunjukkan sebuah kereta polis berdekatan lokasi di mana lelaki tersebut ditemui.

SPF memberitahu BERITAmediacorp, berdasarkan siasatan awal pihaknya “tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dan siasatan sedang dijalankan”.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker