Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?

Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms

Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?

Menurut Isham Jalil beliau dimaklumkan, Siti Mastura mendakwa bahan rujukan yang digunakan untuk memfitnah pemimpin DAP adalah dari risalah BN Comms.

Penulis ada mengupas dakwaan ini dalam artikel bertajuk Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka.

Bagi penulis, apa yang didakwa oleh Chegu Bard, hanyalah satu usaha untuk mengheret UMNO/BN ke dalam masalah yang mereka sendiri mulakan.

Persoalan utama adalah bolehkah Perikatan Nasional dan Siti Mastura buktikan bahawa bahan tersebut sememangnya diterbitkan oleh BN Comms?

Apakah buktinya untuk menyokong tuduhan itu?

Mungkin benar tertera logo BN Comms dikulit bahan yang dimaksudkan.

Tetapi dalam dunia sekarang, adalah mudah untuk seseorang mengeluarkan cetakan palsu untuk disebarkan kepada orang ramai.

Kita semua sedia maklum, pelbagai surat palsu yang menggunakan kepala surat yang telah diedit disiarkan di laman media sosial.

Persoalan kedua yang mesti dijawab oleh Siti Mastura adalah mengapa ketika membuat tuduhan beliau tidak menyatakan sumber rujukan?

Adakah sumber rujukan yang dinyatakan itu hanya dicipta selepas tindakan undang-undang diambil?

Sekiranya benar bahan dari BN Comms menjadi rujukan beliau, sudah pasti ianya akan dinyatakan ketika beliau berceramah tempoh hari.

Tetapi apabila diminta membuktikan dakwaan beliau ketiaka di parlimen dan disoal oleh wartawan, Siti Mastura hanya berdiam diri.

Satu-satunya jawapan yang keluar dari mulut beliau adalah tenguk video sampai habis.

Mungkinkah ketika itu beliau belum lagi mendapat arahan untuk mengheret BN Comms?

Adalah amat mustahil, lidah rasmi parti politik yang cukup matang seperti BN mengeluarkan risalah yang tidak mempunyai fakta.

Sekiranya Siti Mastura yakin beliau berada di pihak yang benar, beranikah beliau menyaman BN Comms?

 

Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker