Taufan paling ganas badai barat daya Jepun

Taufan paling ganas badai barat daya Jepun

Taufan paling ganas badai barat daya Jepun

FUKUOKA: Pihak berkuasa Jepun mengarahkan hampir tiga juta penduduk di barat daya Jepun berpindah ke kawasan selamat, dengan ratusan ribu daripadanya sudah ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Arahan itu dikeluarkan ketika Taufan Nanmadol yang disifatkan paling kuat melanda wilayah itu.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) sudah mengeluarkan amaran khas yang jarang berlaku kepada wilayah Kagoshima di selatan Pulau Kyushu.

Arahan pemindahan dikeluarkan untuk 388,000 penduduk di Kagoshima, 76,000 penduduk di bandar Asakusa, wilayah Kumamoyo dan hampir 400,000 penduduk ibu kota wilayah Miyazaki di tenggara Pulau Kyushu.

Taufan Nanmadol yang ke-14 musim ini, berada kira-kira 80 meter di tenggara pulau Yakushima dan membawa angin kencang sekuat 252 kilometer sejam.

Taufan itu dijangka membadai petang ini, sebelum bergerak ke timur laut dan merentasi pulau utama Jepun hingga awal Rabu ini.

Jepun kini berada dalam musim taufan dan berdepan sekitar 20 ribut dalam setahun yang sering menyebabkan hujan lebat, tanah runtuh dan banjir kilat.

Sebagai persediaan, bekalan elektrik juga diputuskan di lokasi berisiko, manakala perkhidmatan kereta api laju dan serantau, penerbangan dan perkhidmatan feri dibatalkan sehingga keadaan kembali reda.

Ketua Unit Ramalan JMA, Ryuta Kurora berkata, keadaan di luar jangka mungkin berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat.

“Angin akan menjadi sangat kuat sehingga boleh meruntuhkan rumah dan infrastruktur lain.

“Penduduk juga digalakkan berpindah ke bangunan yang lebih kukuh dan jika boleh, jangan berada dekat dengan tingkap,” katanya.

Selain itu, banjir juga dikhuatiri berlaku akibat hujan lebat dan air pasang besar. – AFP

Fenomena Garis Badai punca hujan lebat di barat Semenanjung

Taufan paling ganas badai barat daya Jepun

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker