Boris Johnson dapat kerja baharu sebagai kolumnis akhbar

Boris Johnson dapat kerja baharu sebagai kolumnis akhbar

Boris Johnson dapat kerja baharu sebagai kolumnis akhbar
Boris Johnson. – Foto fail REUTERS

LONDON: Selepas meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana disiasat melanggar perintah berkurung COVID-19 dengan menganjurkan parti, bekas Perdana Menteri, Boris Johnson hari ini dinamakan sebagai kolumnis baharu akhbar Daily Mail.

Ia sekali gus mengembalikan semula kerjaya kewartawanannya yang sebelum ini menyaksikan beliau menulis untuk beberapa akhbar terkemuka Britain dan pernah dipecat kerana pemalsuan petikan.

Menurut akhbar berkenaan, Johnson, 58, yang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen minggu lalu berhubung siasatan yang mendapati dia bersalah kerana sengaja mengelirukan Parlimen akan menulis untuk Daily Mail keluaran Sabtu.



“Sama ada anda peminat Boris atau tidak, ia perlu untuk dibaca – baik di Westminster dan untuk berjuta-juta di seluruh dunia,” kata akhbar itu.

Sejak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tahun lalu, Johnson, salah seorang ahli politik Britain yang terkenal didakwa memperoleh jutaan pound hasil jelajah pengucapan awamnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau


Kembalinya beliau dalam bidang kewartawanan dijangka akan menjadi pekerjaan baharu yang menguntungkan sekali gus kelebihan untuk bekas pemimpin itu memberi pandangannya mengenai kerajaan dan Perdana Menteri Rishi Sunak di akhbar.

Johnson meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen akibat serangan hebat daripada Jawatankuasa Parlimen yang memutuskannya sengaja mengelirukan Parlimen mengenai parti yang melanggar peraturan.

Isnin ini, Parlimen juga akan memutuskan sama ada akan meluluskan penemuan jawatankuasa itu.

Johnson adalah sosok politik yang tidak asing dan beliau memulakan kehidupannya dalam bidang kewartawanan, tetapi dipecat oleh akhbar Times kerana memalsukan petikan.

Dia kemudiannya meneruskan kerjayanya di Daily Telegraph dan sebagai wartawan Brussels, beliau mengecam Kesatuan Eropah dalam penulisan yang terang-terangan tetapi tidak selalu tepat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?


Selepas itu, beliau mengejar kerjaya media dan politik serentak sebagai editor majalah Spectator dan sebagai Ahli Parlimen dan sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai ruangan tetap untuk Daily Telegraph.

Ruangan itu bagaimanapun sering dikritik kerana pandangannya, malah dituduh Islamofobia apabila mengatakan wanita Islam yang memakai burqa kelihatan seperti kotak surat atau perompak bank. – REUTERS

Boris Johnson dapat kerja baharu sebagai kolumnis akhbar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker