Boustead nafi cadangan mahu jual BHPetrol

Boustead nafi cadangan mahu jual BHPetrol

Boustead nafi cadangan mahu jual BHPetrol
BHPetrol mempunyai rangkaian kira-kira 400 stesen servis runcit

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang pembelian saham daripada pemegang saham Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, juga dikenali sebagai BHPetrol yang lain, serta membuat sebarang pengumuman terlebih dahulu mengenai perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, konglomerat itu berkata Boustead tidak mengadakan sebarang perbincangan material setakat ini mengenai perkara itu.

“Kami juga tidak melantik mana-mana penasihat untuk urus niaga korporat berpotensi yang dilaporkan seperti yang didakwa,” katanya sebagai respons kepada spekulasi mengenai penjualan BHPetrol.

Boustead berkata, ia memberi tumpuan kepada penstrukturan semula berikutan selesainya pengambilalihan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia.

“Kami akan mengumumkan pelan transformasi kumpulan dalam masa terdekat selaras dengan komitmen kami terhadap ketelusan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau


“Keutamaan kami adalah untuk menyelaraskan semula secara strategik, mengoptimumkan portfolio kami dan memperuntukkan sumber kepada bidang yang menawarkan potensi pulangan yang lebih tinggi, memacu pertumbuhan mampan sambil memaksimumkan pulangan untuk pemegang saham kami pada masa yang tepat,” katanya.

Dilaporkan bahawa Boustead sedang mempertimbangkan untuk menjual stesen minyaknya di Malaysia pada harga RM2 bilion (AS$432 juta).

BHPetrol mempunyai rangkaian kira-kira 400 stesen servis runcit yang terletak di seluruh semenanjung Malaysia, menjual bahan api gred premium dan produk petroleum serta gas petroleum cecair dan pelincir.

-BERNAMA

Boustead nafi cadangan mahu jual BHPetrol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker