Warga emas rentung dalam kebakaran

Warga emas rentung dalam kebakaran

Warga emas rentung dalam kebakaran
Anggota bomba memadam kebakaran rumah yang mengorbankan seorang lelaki warga emas di Kampung Melaliah, Sipitang malam tadi. – Foto ihsan bomba

SIPITANG: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Melaliah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan di bahagian dapur rumahnya selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.39 malam.



Beliau berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang dikejarkan ke lokasi pada jarak 13 kilometer bersama dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi terkawal pada jam 8.05 malam dan anggota menemukan seorang lelaki rentung di bahagian dapur.

“Operasi ditamatkan jam 10.36 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, turut terbakar dalam kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Iswara.



Warga emas rentung dalam kebakaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker