De Zerbi dilantik pengurus Brighton



LONDON: Brighton melantik Roberto De Zerbi sebagai pengurus baharu kelab semalam dan memberikan pengendali dari Itali itu kontrak selama empat tahun.

De Zerbi menggantikan Graham Potter, yang meninggalkan kelab itu untuk memimpin Chelsea minggu lalu ketika Seagulls berkedudukan keempat Liga Perdana.

Pengendali berusia 43 tahun yang juga bekas jurulatih Sassuolo dan Shakhtar Donetsk itu bersetuju dengan syarat kontrak semalam.

De Zerbi mencipta nama ketika tiga tahun mengetuai Sassuolo, apabila dia menggabungkan gaya permainan menarik dan menamatkan liga di tangga kelapan Serie A dua musim berturut-turut pada 2020 dan 2021.



Dia menyertai Shakhtar pada Mei 2021, tetapi tugasannya di kelab Ukraine itu terpaksa ditamatkan awal berikutan pecerobohan Russia yang menyaksikan musim 2021/22 digantung.

Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber berkata: “Kami melihat senarai calon cemerlang tetapi Roberto adalah pelihan utama kami sejak mula dan hanya dia kami berbincang.

“Kami merasakan Roberto membawakan budaya ideal dan keserasian buat Brighton and Hove Albion, dan orang yang layak meneruskan kemaraan kelab dan bekerjasama dengan pemain yang bagus.”

Pelantikan berkenaan bergantung kepada kelulusan permit kerja dengan De Zerbi dan barisan kejurulatihannya dijangka akan pertama kali mengetuai Brighton yang akan berkunjung ke Liverpool pada 1 Oktober.



AFP



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker