Wan Ahmad Fayshal sepatut Fokus kesalahan Hakim Nazlan

Oleh Adam Malik

Amat pelik pendirian  yang diambil oleh Wan Ahmad Fayshal Wan Kamal terhadap kertas siasatan terhadap Hakim Nazlan oleh SPRM yang didakwa nya telah dibocorkan.

Pelik kerana laporan yang dibuat oleh WAF ada lah berkenaan kebocoran dan bukan kerana salah laku Nazlan.



Sebelum ini , jika perkara ini terjadi membabitkan kedudukan ‘advantage’ kepada Parti Bersatu , maka pihak yang membantu kebocoran akan di anugerah gelaran Datuk seperti mana terjadi pada kes audit Datuk Seri Najib Razak.

Pada insiden itu demi untuk kerja persepsi , kerajaan 22 bulan Parti Bersatu bersama DAP dan PKR telah menjadikan individu sebegitu sebagai Hero walau yang dikompangkan nya bukan pun kandungan atau maklumat penting kes audit DSNR.

Akhir nya kes pun gugur.



Tapi apabila kisah pelanggaran etika Hakim Nazlan dan siasatan terhadap nya oleh SPRM, tiba tiba pemimpin Bersatu seperti WAF tidak suka pula kepada isu kebocoran.

Mungkin kerana ‘disadvantage’ untuk anaya DSNR sudah diketahui oleh seluruh rakyat negara ini.

Harus ingat , kes DSNR juga sudah lama dibual oleh rakyat sebagai sudah Ada keputusan bersalah  ‘ready made’ dimana DSNR mesti didapati bersalah.

Malah , beberapa hari sebelum hari keputusan kes SRC juga telah terbocor hukuman  salah itu.



Namun, orang semacam WAF tidak peduli kerana kepentingan Bersatu tidak terjejas kerana DSNR akan dipenjarakan.

Hanya apabila tergugat kes DSNR dan terdedah konspirasi menutup kesalahan dan salah laku Nazlan sahaja orang seperti WAF harus membuat laporan.

Ini kerana rakyat sudah tahu , hakim ada kesalahan dan pelanggaran etika, hatta akan melemahkan dakwaan terhadap DSNR.

Persoalan, kenapa WAF tidak focus kepada kandungan bocor itu?



Sepatut itu lah yang harus dipersoalkan.

Ini supaya membantu keadilan dapat ditegak kan.

Maka tidak hairan lah andaian semua bahawa pemimpin Bersatu juga turut berkomplot membantu penjarakan DSNR.



Benar juga lah kes tidak ada bukti kukuh pun, tetapi kes perguna kuasa hakim dan bukan guna pembuktian.

Hakim pula tidak boleh disanggah hukuman nya kerana ada akta Menghina mahkamah.

Sementara itu Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO Dr Puad Zarkashi mencabar WAF supaya menyatakan pendirian terhadap kandungan kebocoran itu.



Pihak kami pasti WAF tidak akan berani menyentuh kandungan dan nyata pendirian terhadap nya.

Jika menyatakan pendirian jujur pasti akan membuktikan Hakim Nazlan sememang tidak layak mendengar kes dan DSNR seharus bebas terus dari penjara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button