Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS

"Hubungan Sangat Baik, Sudah Boleh Bergurau."

Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS

Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS

Selebriti popular Elly Mazlein mengulas mengenai hubungannya dengan juri tetap Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Datuk Ramli MS yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini.

Ia susulan keputusan Elly yang memilih untuk menarik dari daripada meneruskan saingan di dalam program sama pada tahun 2016 selepas didakwa berkecil hati dengan komen yang diberikan oleh maestro muzik itu.

Menurut Elly, hubungan mereka kini kembali baik.

“Alhamdulillah. Iyelah sampai bila kan? Macam contoh kalau ada masalah, tak kanlah kita nak bermasam muka sampai bila-bila. Bagi saya, semua isu akan ada jalan penyelesaian,” katanya kepada MH.

Elly pada masa sama memilih jalan kemaafan sebagai langkah terbaik bagi menjernihkan kembali hubungan yang sedia terjalin atas dasar kerja itu.

@mediahiburanofficial Layak ke Kak Lina hosting GV9 #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ original sound – Media Hiburan

“Lagipun kita punya isu tu tidaklah beria sangat. Apa-apa pun kita ni yang dulu harus minta maaf. Itu yang saya buat.

“Alhamdulillah hubungan saya dan Tok Ram sangat baik. Sudah boleh bergurau-gurau,” katanya lagi.

Imbas kembali, Elly mencetuskan kontroversi apabila dia (peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima) bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir.

Ia berlaku selepas Ramli didakwa mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahan Elly pada minggu duet bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang.

@mediahiburanofficial Hahahaha pecah wehhh. Ramai kata sampai Nabil pun tak boleh handle ‘perangai’ Kak Lina. Betul ke? 😂😂😂 #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ original sound – Media Hiburan

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker