Giliran Ismail Sabri ditikam Muhyiddin

Kritik untuk 'selamatkan' tengkuk sendiri

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Giliran Ismail Sabri ditikam Muhyiddin

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membidas pentadbiran Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan ekonomi negara yang agak merudum.

Inilah ‘wajah’ sebenar Muhyiddin Yassin dalam politik, apabila merasakan keduudkannya terancam, maka jalan terbaik untuk melindungi kepentingan diri ialah ‘tikam belakang’ mereka yang dirasakannya boleh menggugat.

Ismail Sabri dalam reaksi balas menyatakan jika Muhyiddin menyatakan beliau gagal mengurus ekonomi negara, bermakna semua Menteri termasuk Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dari PPBM juga gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

Muhyiddin previously accused Mahathir of triggering the crisis when he tendered a surprise resignation on February 24, while the latter claims he stepped down after being betrayed by supporters who opted to leave the PH coalition in favor of a new alliance with the scandal-plagued United Malays National Organization (UMNO) and its allies. – AsiaTimes

Kritikan keras Muhyiddin tidaklah mengejutkan dunia politik Malaysia. Muhyiddin juga pernah mengkritik Perdana Menteri sebelum ini. Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib antara yang pernah dikritik Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin showed “disloyalty” when he openly declared intentions to challenge Tun Abdullah Ahmad Badawi for the Umno presidency, the latter said in his biography. – MalayMail

Siapa tidak kenal politiking Muhyiddin Yassin sebelum ini? Beliau bukan baru dalam dunia politik, malah satu ketika dahulu pernah mengaku dirinya sebagai ‘Totok Umno’ tetapi akhirnya memilih untuk menentang Umno. 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat UMNO yang sebenar. – Sinar

Beliau juga dahulu pernah menghentam DAP dengan keras tetapi akhirnya ‘sujud’ kepada DAP semasa dalam Pakatan Harapan. 

Kini giliran Ismail Sabri pula menjadi mangsa Muhyiddin. Mungkin Muhyiddin sudah terasa Perikatan Nasional akan kalah pada PRU15, maka beliau perlu mencari alternatif lain bagi melemahkan musuh di pandangan mata rakyat.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker