Harimau Malaya bersedia hadapi saingan di Chiang Mai

Skuad Harimau Malaya melaungkan keyakinan sasaran untuk melangkah ke final boleh dicapai pada kejohanan empat penjuru, Piala Raja yang akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada Khamis ini.

Menurut pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim percaya sekarang adalah masa terbaik untuk meneruskan momentum di peringkat antarabangsa selepas tampil cemerlang pada kelayakan Piala Asia 2023, Jun lepas.

Kata Faisal, barisan kejurulatihan telah meletakkan sasaran untuk membawa pasukan mara ke peringkat final dan kini menjadi tugas pemain untuk merea­lisasikan hasrat tersebut.



“Lepas empat hari menjalani latihan, semua pemain kini sudah begitu bersemangat dan bersedia untuk memberikan yang terbaik di atas padang nanti.

“Berdasarkan apa yang barisan jurulatih maklumkan, sudah tentulah sasaran kita untuk ke final tetapi kita akui berdepan dengan pasukan tuan rumah, Thailand bukanlah tugas yang mudah.

“Kita tahu kualiti yang ada pada Thailand tetapi skuad negara juga berada pada tahap terbaik berdasarkan momentum yang lepas dan kita perlu teruskan kesempatan ini untuk membuktikan sesuatu.

“Secara keseluruhan, saya anggap pemilihan pemain kali ini adalah yang terbaik kerana kombinasi pemain senior dan muda selain tiada tonggak yang boleh dianggap bertaraf bintang,” Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam.



Malaysia yang berada di kedudukan ke-148 dunia akan menentang tuan rumah di Stadium 700th Anniversery pada Khamis, manakala Trinidad & Tobago akan bertemu Tajikistan pada hari dan venue yang sama.

Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan dipertemukan di pentas final pada Ahad ini.

© Kosmo



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button