IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis

Murahnya hati! 

IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis

IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis
IU berkongsi rezeki bantu golongan susah.

PENYANYI IU membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000 sempena menyambut ulang tahun ke-15 dia berkecimpung dalam industri seni.

Jumlah tersebut diberikan kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association.

IU menyampaikan sumbangan berkenaan di bawah nama UAENA di mana ia merupakan gabungan bersama kelab peminat.



Sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan membantu kos perubatan wanita dan kanak-kanak penghidap kanser yang berdepan dengan masalah kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan

Menerusi satu kenyataan dikongsi oleh IU, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni selain berharap sumbangan yang diberikan itu dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan.

“Kita telah sama-sama mencipta keajaiban sepanjang 15 tahun ini. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan penuh rasa syukur.



“Saya harap kita akan terus bersama untuk membawa keajaiban kepada orang lain. Terima kasih dan saya sayang anda semua,” ujarnya seperti yang dipetik dari Soompi.

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button