Manchester United ikrar tambah koleksi trofi

Manchester United ikrar tambah koleksi trofi

Manchester United ikrar tambah koleksi trofi
PARA pemain United giat menjalani latihan menjelang saingan musim baharu dalam misi mereka memburu lebih banyak kejayaan. – FB MANCHESTER UNITED

LAS VEGAS – Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen optimis pasukan itu bakal meneruskan prestasi cemerlang di bawah kendalian Erik Ten Hag menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Musim sulung The Red Devils di bawah kendalian Ten Hag musim lalu menyaksikan mereka menjulang trofi Piala Liga Inggeris (EFL) selain muncul naib juara dalam saingan Piala FA selepas tewas kepada Manchester City.

Justeru, Eriksen melaungkan keyakinan dia dan rakan sepasukan mampu meneruskan kesinambungan dengan mengekalkan aksi konsisten dalam saingan Liga Perdana serta Liga Juara-Juara.

“Pada musim lalu, kami berpuas hati dengan satu trofi dan sekarang fokus kami adalah untuk terus kompetitif pada musim baharu nanti. Kami gembira dapat bermula dengan baik bersama jurulatih (Ten Hag) musim lalu.

“Menjelang musim baharu nanti, sudah tentu kami sasarkan lebih banyak trofi dan layak ke perlawanan akhir. Saya yakin kami ada kemampuan untuk tampil aksi terbaik dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara,” katanya.

Pemain antarabangsa Denmark itu turut mengharapkan sokongan padu penyokong setiap kali beraksi di laman sendiri kerana menganggap ia mampu membantu pemain-pemain United bermain lebih bersemangat.

“Aksi di Old Trafford pada saingan musim lalu sangat menakjubkan dan saya harap ia boleh diteruskan. Penyokong-penyokong sentiasa menjadi tunjang yang membantu kami catat kemenangan,” ujar Eriksen. – AGENSI

Manchester United ikrar tambah koleksi trofi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker