Kerabu Maggi Ala Restoran Thai



Kerabu Maggi Ala Restoran Thai
Kerabu Maggi Ala Restoran Thai

Kerabu Maggi Ala Restoran Thai

Kali ni Che Nom nak masak menu yang sempoi..menu yang tak perlu susah-susah nak masak lama dan mesra orang bujang gitu iaitukerabu maggi. Selalunya kita masak maggi style berkuah atau goreng tu, kali ni kita buat lah kerabu pulak.

Kalau dah nama pun kerabu mesti ada rasa pedas, ada rasa masam, manis, rasa sedap dari seafood atau daging. Ada rasa rangup-rangup dari sayur atau ulam yg kita masukkan. Memang syiok betul makan kerabu maggi ni. Che Nom guna mee segera perasa tomyam aja senang nak beli kat kedai.

Dan yang paling Che Nom suka kerabu ni mudah sgt kalau nak ubahsuai dengan bahan-bahan yang kita suka.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk Kerabu Maggi:
    • 2 pek mi segera perasa Tomyam
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 biji tomato
    • 2-3 sudu besar sos ikan
    • 1 sudu kecil kicap cair
    • 1-2 biji limau nipis
    • 1 batang serai
    • 4-6 tangkai cili padi
    • Daun ketumbar
    • 1/4 biji bawang holland
    • 1 sudu kecil gula perang
    • Sedikit garam
    • 1/4 kuntum bunga kantan
    • 1 batang cili merah
    • Sedikit isi ayam
    • 3 ekor sotong
    • 4-6 ekor udang
    • Lobak merah
    • Timun
    • Kacang panjang
    • 1 sudu besar minyak bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk prep:
    1. Cincang halus bawang putih, potong kasar tomato, hiris nipis cili padi, cili merah, serai, bunga kantan (pilihan), daun ketumbar.
    2. Asingkan batang dan daun ketumbar kemudian hiris kasar daun dan batang.
    3. Potong memanjang karot, timun, kacang panjang dan bawang holland.
    4. Limau nipis, potong dan perah ambil jus.
    5. Potong kecil isi ayam dan sotong. Udang buang kulit dan kepala.
  2. Cara-cara untuk rebus:
    1. Celur isi ayam, sotong dan udang.
    2. Ambil simpan 1/2 cawan air rebusan.
    3. Celur maggi sampai lembut. Kemudian angkat dan bilas dengan air sejuk.
  3. Cara-cara untuk gaul:
    1. Dalam mangkuk yang besar masukkan perencah Tomyum, sos ikan, bawang putih cincang dan kacau sekata.
    2. Masuk kicap cair, jus limau nipis, batang daun ketumbar, cili padi, air rebusan, serai, bawang holland, gula perang dan garam.
    3. Masukkan sotong dan isi ayam. Gaul sebati.
    4. Masukkan maggi, tomato, bunga kantan, ulam-ulaman, garlic oil, dan udang.
    5. Gaul sebati dan hiaskan dengan daun ketumbar.
    6. Tambah jus limau nipis untuk lebih masam.

Tip:

  • Untuk tahu udang dah masak atau belum, udang akan bertukar warna oren dan kepala bengkok bertemu ekor.
  • Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak, jadi meggi tak kembang sangat nanti.

Maggi Goreng Basah

 

Kerabu Maggi Ala Restoran Thai


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker