Lelaki maut, cucu usia setahun cedera nahas empat kenderaan

Lelaki maut, cucu usia setahun cedera nahas empat kenderaan

Lelaki maut, cucu usia setahun cedera nahas empat kenderaan
 Keadaan sebuah daripada dua kereta terbabit kemalangan di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani, semalam. – FOTO IHSAN PDRM.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki manakala bayi lelaki dipercayai cucu yang berada di atas ribaannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Sidam Kiri, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala bayi berusia setahun cucu cedera di dahi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata mangsa duduk di kerusi penumpang belakang sambil memangku cucu, manakala isterinya pula di tempat duduk penumpang hadapan Proton Saga dipandu anak perempuan mereka.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan kereta dinaiki empat sekeluarga itu dengan sebuah kereta Toyota Corolla, lori dan juga motosikal.

Lelaki maut, cucu usia setahun cedera nahas empat kenderaan
Keadaan sebuah daripada dua kereta terbabit kemalangan di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani, semalam. – FOTO IHSAN PDRM.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu Toyota Corolla, remaja lelaki berusia 18 tahun bekerja sebagai mekanik, datang dari arah Sungai Petani menghala Sidam Kiri, manakala tiga kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Pemeriksaan mendapati mekanik berkenaan dipercayai memandu laju sebelum dia hilang kawalan serta masuk laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan lain,” katanya memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Katanya, Toyota Corolla itu pada mulanya merempuh bahagian kanan lori sebelum bertembung Proton Saga dinaiki empat beranak, manakala penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak turut terjatuh.

“Akibatnya lelaki yang berada di tempat duduk belakang Proton Saga meninggal dunia, namun tiga yang lain termasuk bayi hanya mengalami kecederaan. Pemandu Toyota Corolla cedera pinggang dan lutut kanan, manakala penunggang motosikal cedera kaki kanan.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya memambah siasatan dan pemeriksaan lanjut mendapati mekanik yang memandu Toyota Corolla tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mekanik berkenaan yang didapati memandu laju hingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Nenek Antara Yang Di Tahan Dalam Parti Liar

Lelaki maut, cucu usia setahun cedera nahas empat kenderaan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker