Mengapa ramai takut dengan Najib Razak?

Rafizi cari publisiti murahan



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Mengapa ramai takut dengan Najib Razak?

Dato Sri Najib Razak, satu nama yang ditakuti ramai pihak terutama pembangkang. Tidak dapat dipastikan mengapa Najib begitu mendapat perhatian waima sedang menjalani hukuman.

Terbaru, Rafizi Ramli muncul lagi dengan gesaan menyiasat ciapan mengenai ‘Merpati’ yang kononnya kod nama untuk Najib.

Pelik dengan dakwaan ciapan yang kononnya Najib menerima pelbagai keistimewaan baik rawatan atau sel beliau ditempatkan.



Yang pertama, dakwaan menerusi ciapan twitter berkenaan pelbagai tuduhan dan dakwaan mengenai Najib tidak disertakan dengan bukti kukuh.

Malah, tidak ada sekeping foto disertakan oleh akaun yang menggunakan nama Condor Hero.

Ciapan hanya bersandarkan dakwaan serta desakan agar siasatan dilakukan oleh pihak tertentu.

Selepas meneliti senarai ‘follower’ akaun tersebut, didapati ramai pengikutnya adalah dari Pakatan Harapan. Apa kesimpulan mudah dari pemerhatian tersebut?



Adakah akaun itu diwujudkan untuk membuat dakwaan serta tuduhan palsu terhadap agensi-agensi kerajaan? Atau cuba membina persepsi buruk terhadap kerajaan?

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli telah berjaya ‘dibodohkan’ apabila beliau turut sama menggesa siasatan dilakukan terhadap dakwaan keistimewaan ‘Merpati’.

Jangan lupa, Rafizi pernah melemparkan tuduhan dan dakwaan mengenai cincin dimana kemudiannya dinafikan kewujudannya dalam Parlimen.

Akhirnya, Rafizi sendiri mengaku beliau hanya bergurau. Sebaik membuat kemunculan, individu yang Rafizi serang ialah Najib dengan menggunakan isu Sapura.



Rentetan isu Sapura, Rafizi berjaya menjebak Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Najib dan paling menggelikan hati, Rafizi sendiri tidak hadir ke program debat tersebut.

Natijah dari tuduhan serta dakwaan liar Rafizi, beliau disaman.

Kredibiliti Rafizi dalam membicarakan kebenaran semakin rosak. Beliau juga berdepan laporan Polis yang dikemukakan seorang ahli politik berkaitan dakwaan liar mengaitkan isteri ahli politik tersebut.

Jelas sekali, sejak menjadi Perdana Menteri hinggalah dikenakan hukuman (dikatakan tidak adil), Najib merupakan seorang yang ditakuti ramai pihak.



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker