Oman catat kes pertama varian baharu COVID-19

06/01/2021 11:40 AM

DOHA, 6 Jan — Kes pertama varian baharu COVID-19 dikesan di Oman membabitkan penduduk tetap yang baru pulang dari United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik.

“Varian baharu itu dikesan pada seorang warga asing Oman yang berasal dari UK yang mengalami masalah pernafasan ketika menjalani kuarantin. Beliau menjalani saringan sebelum pulang ke Oman dan sebaik tiba negara ini,” menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Pada 14 Disember lalu, UK mengumumkan strain baharu COVID-19 dikesan di negara ini yang 70 peratus lebih mudah merebak. Berikutan itu, banyak negara mengenakan larangan sementara keluar dan masuk dari UK.



Kes COVID-19 di Oman kini berjumlah hampir 130,000, lebih 122,400 orang pulih dan 1,502 meninggal dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker