Nwaneri buat Xhaka rasa sudah tua

LONDON: Apabila pemain berusia 15 tahun, Ethan Nwaneri masuk ke padang Ahad lalu, perkataan “Ce***, kita nampak tua” diucapkan pemain Brentford masih diingati Granit Xhaka.

Pemain tengah Arsenal berusia 29 tahun itu sudah bersedia untuk menggantung but malah sudah melatih budak sekolah ketika dia bersedia untuk menghadapi saat bakal mendatang itu.

Ketika Nwaneri mencecah usia Xhaka, pemain Switzerland itu berharap dia akan berada di tepi garisan dengan rambut yang sudah beruban.

Nwaneri menjadi pemain termuda bermain dalam liga utama England apabila dia masuk ketika Gunners menang 3-0 berdepan Brentford, pada usia 15 tahun 181 hari.

Dia memecahkan rekod dipegang selama 58 tahun oleh pemain Sunderland, Derek Forster, yang membuat penampilan pertama dalam liga pada usia 15 tahun 185 hari.

Nwaneri terpaksa menukar jersinya dalam bilik berasingan daripada rakan sepasukannya kerana peraturan perlindungan kanak-kanak.

Dilahirkan pada Mac 2007, dia masih belum dilahirkan apabila Arsenal berpindah ke Emirates atau ketika kelab itu bermain dalam final Liga Juara-Juiara tunggal mereka ketika tewas 2-1 kepada Barcelona pada 2006.

Xhaka berkata: “Kami perlu melihat dahulu pasport! Saya hanya berjenaka. Bermain dengan pemain berusia 15 tahun dan hampir 15 tahun lebih muda berbanding saya.

“Dia nampak lebih tua apabila saya melihatnya, tapi kelab boleh berbangga dengan pemain sepertinya.

“Dia ada masa depan yang besar. Saya sedang mendapatkan lesen kejurulatihan dan saya melatih pemain bawah 16 tahun.

“Anda boleh melihat perbezaan besar daripadanya dan pemain lain. Dia sangat istimewa.

“Bukan hanya saya rasa tua. Saya bercakap dengan pemain Brenford dan saya beritahu budak ini berusia 15 tahun dan dia melihat saya dan berkata: ‘Ce***, kita nampak tua!’.

“Apabila anda lihat perbezaan 15 tahun, anda akan berfikir ‘OK masa masih belum berlalu tetapi ia semakin hampir’. Tapi kami gembira melihatnya, dia menggembirakan kami kerana dia ada kualiti.

“Dia tidak banyak bersama kami dalam latihan. Saya mungkin melihatnya dua atau tiga kali.

“Dia sangat pemalu, itu sudah tentu, tapi masanya akan tiba apabila dia akan lebih banyak masa bersama kami tetapi anda perlu melindungi dan membantunya.”

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker