Penyokong “Bossku” terasa dikhianati oleh pihak tertentu

Baru sebentar sahaja hukuman dibuat terhadap kes semakan Datuk Seri Najib Razak.

Pada keputusan 4-1 terlihat betapa mahkamah seolah olah kepala batu untuk terima perkara baru yang boleh merobah kedudukan kes.

Mahkamah seolah olah ‘stick’ kepada skrip asal Najib mesti bersalah.

Senang senang menolak hujah dengan mengguna kuasa hakim.

Hakim tunggal yang menyebelahi Najib menempelak hipokrasi hakim lain yang masih mentah dengan kenyataan :-


“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah. Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil. Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali.” – YAA Dato Abdul Rahman Sebli

Jelas keputusan tidak tepat dan Ketua Hakim membuat keputusan tidak betul kata Datuk Rahman Sebli yang lebih senior dari Ketua Hakim.

Ketepikan keputusan kes semakan ini dulu, mari kita lihat bagaimana pula reaksi rakyat? Reaksi penyokong Najib?

Tinjauan awal dilaman Media sosial terlihat ramai menyuarakan perasaan kecewa dan tidak puas hati.

Penyokong Datuk Seri Najib Razak terlihat paling kecewa dan hampa.

Ada juga yang menyuarakan perasaan dikhianati oleh pihak tertentu.

Ada juga yang meragui kepimpinan sendiri dan mula persoal apa faedah ada bersama didalam kerajaan yang tidak dapt menyelamat mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden.

Asalkan perasaan ini tidak dterjemahkan sebagai menolak kepimpinan sedia ada atau dijadikan protes pada Pilihan Raya Negeri akan datang sudah memadai.

Namun, jika ia dizahirkan sebagai protes, maka sukar juga untuk Barisan Nasional dan UMNO.

Ada yang berpendapat hanya Najib mampu membawa sokongan tambahan seperti di PRN Melaka dan Johor.

Apa pun terlalu awal untuk nilai kedudukan  selepas sah DSNR tidak dapat kebebasan.

Tapi yang sangat jelas, penyokong DSNR merasa kecewa dan dikhianati.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker