Penduduk Mexico city buat lawak kejadian gempa bumi



MEXICO CITY – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku.

Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar ini apabila mereka sepatutnya berdepan latihan menyelamatkan diri sekiranya berlaku gempa bumi, namun kejadian gempa bumi sebenar berlaku sejam selepas latihan diadakan.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud, yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut, melanda pada hari sama dengan gempa bumi 1985 yang mengorbankan kira-kira 10,000, dan pada 2017 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 350 orang.

Di WhatsApp, Instagram dan Facebook, penduduk Mexico yang cemas turut berasa lucu dengan kejadian yang sukar dijelaskan dan meluahkan emosi mereka melalui ‘meme’.



Ini kerana gempa bumi sebenar berlaku hanya sejam selepas latihan gempa yang dijadualkan di Mexico City dan bandar-bandar utama lain.

“Orang Mexico ini tegar, mereka melakukan latihan gempa bumi dengan gempa bumi sebenar secara langsung,” kata satu meme, menunjukkan imej Barack Obama yang kagum.

Mexico adalah antara negara yang mencatatkan aktiviti seismik paling aktif di dunia.

Kejadian gempa yang berlaku pada Isnin menjadi subjek banyak ‘meme’, seperti seekor burung yang membaca buku bertajuk “bagaimana untuk melangkau dari 18 September hingga 20 September.”



Satu ‘meme’, meniru pengumuman oleh kerajaan Mexico, menjemput orang luar untuk “Lawati Mexico” dan “pada setiap 19 September bagi merasai pengalaman sebenar gempa bumi.”

Satu kajian akademik yang dikeluarkan sebelum gempa terbaharu menunjukkan bahawa tiga daripada 10 orang yang mengalami gempa bumi 19 September 2017 mengalami trauma kesan daripada kejadian yang berlaku.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker