Pengarah universiti direman 7 tujuh terima suapan kereta Honda



Pengarah universiti direman 7 tujuh terima suapan kereta Honda

Pengarah universiti direman 7 tujuh terima suapan kereta Honda
Suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka dengan diiringi anggota SPRM bagi permohonan reman. – Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

MELAKA: Pengarah jabatan sebuah universiti awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan membabitkan suapan menerima sebuah kereta Honda Accord bernilai lebih RM174,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 50-an yang bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian lokap diiringi pegawai SPRM.

Lelaki itu ditahan kira-kira jam 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka, selepas disyaki menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 dianggarkan berjumlah RM174,500.

Ia diperoleh daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1.65 juta

Lima kakitangan hospital ditahan SPRM

 

Pengarah universiti direman 7 tujuh terima suapan kereta Honda

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker