Britain bukan saingan Malaysian Tigress

Oleh – Syeikh Baran


Britain bukan saingan Malaysian Tigress

Skuad hoki wanita negara terpaksa akur apabila menerima tamparan besar pada aksi terakhir Kumpulan B kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Valencia, Sepanyol, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim kali ini tewas 1-8 di tangan bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Britain sekali gus menghuni tangga tercorot kumpulan.

Begitupun semangat pasukan hingga wisel penamat dibunyikan tetap harus dipuji selepas Malaysia berjaya menjaringkan gol sulung mereka pada kejohanan berkenaan menerusi jaringan padang Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-56.

“Pada perlawanan hari ini, kami bermain dengan sangat baik pada permulaannya, terutama bertemu Britain, bekas juara Sukan Olimpik. Sudah tentu ini satu pengalaman berharga terutama kepada pemain muda.

“Dengan ketiadaan tonggak utama disebabkan kecederaan namun kapten pasukan Juliani (Mohd Din), pemain senior dan remaja dapat bermain dengan baik untuk mengekang Britain yang mencari banyak gol untuk muncul naib juara kumpulan.

“Beberapa pemain juga menunjukkan semangat juang tinggi pada babak kedua dan kami harus meneruskan semangat sebegitu,” kata Nasihin.

Malaysia membuka tirai kejohanan dengan langkah kiri apabila diratah Sepanyol 7-0 sebelum menjadi mangsa Kanada yang menewaskan skuad negara 3-0.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker