Giroud kagum aksi luar biasa Perancis

 

DOHA: Olivier Giroud berkata Perancis perlu menggunakan sepenuhnya ketahanan mental mereka sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia di Qatar awal pagi tadi.

Tandukan penyerang AC Milan itu 12 minit sebelum tamat membantu Perancis layak ke separuh akhir awal pagi Khamis ini ketika Harry Kane terlepas sepakan penalti lewat, yang kedua buatnya dalam perlawanan itu.

Kane menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti sejurus selepas rehat separuh masa, memadamkan gol mengagumkan Aurelien Tchouameni dari jarak jauh yang membolehkan Perancis mendahului pada minit ke-17.

AL KHOR, QATAR – DECEMBER 10: Aurelien Tchouameni of France scores a goal to make it 0-1 during the FIFA World Cup Qatar 2022 quarter final match between England and France at Al Bayt Stadium on December 10, 2022 in Al Khor, Qatar. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Ia luar biasa. Kami bekerja keras secara bertahan ketika mendahului. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018,” kata Giroud, merujuk kepada kemenangan 1-0 Perancis pada separuh akhir empat tahun lalu di Russia.

“Malangnya kami melepaskan sepakan penalti. Tetapi kami tetap berbahaya dalam beberapa kesempatan pada hujung perlawanan.”

“Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann mengumpan kepada saya bola yang hebat (untuk gol).”

“Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik malam ini.

“Kami sedar potensi generasi muda Inggeris ini. Mereka mempunyai segala-galanya. Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental untuk mengatasi mereka,” tegasnya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker