Terengganu akan bangunkan semula kawasan Kampung Cina terbakar

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan membangunkan semula kawasan Kampung Cina di sini yang terbakar kelmarin dengan mengekalkan ciri-ciri warisan yang menjadikannya tarikan pelancong.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata perbincangan pembangunan semula akan dibuat bersama sebahagian pemilik bangunan sebaik laporan penuh berkaitan kejadian diperoleh.

“Kita akan bincang cara terbaik supaya ia (pembangunan semula) tidak pelik, …kalau jadi bangunan lain, suasana di sini pun jadi lain.

“Sebab bila pemilik peribadi, kita kena cuba yakinkan mereka supaya kerajaan boleh bantu dengan cara-cara tertentu untuk kekalkan suasana (warisan).



“Kita akan cuba memastikan suasana di kawasan Kampung Cina yang menjadi warisan atau tempat sejarah bagi Kuala Terengganu ini dibangunkan kembali dan tidak terjejas akibat kebakaran,” katanya ditemui selepas melawat lokasi kebakaran di Kampung Cina, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, buat permulaan sebanyak RM2,000 untuk pengurusan semasa dan perbincangan akan diadakan bersama penyewa atau pemilik bangunan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

“Perkara ini tidak boleh diselesaikan sekelip mata tetapi kita akan cuba bantu dan saya difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

“Sebaik siasatan selesai, kerajaan negeri dan JBPM akan memberi penerangan, taklimat dan sebagainya perkara-perkara yang perlu kepada penduduk di kawasan ini,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker