Operasi ‘Escobar Indonesia’ buru Fredy Pratama

Operasi ‘Escobar Indonesia’ buru Fredy Pratama

Operasi 'Escobar Indonesia' buru Fredy Pratama
NOTIS merah Interpol dikeluarkan pada Jun lalu untuk menggiatkan usaha memburu Fredy Pratama.

Jakarta: Polis Indonesia melumpuhkan kumpulan dadah Fredy Pratama, iaitu tokan dadah paling diburu kerana mengedar 10.2 tan metrik methamphetamine dan 116,346 pil ekstasi, antara 2020 hingga tahun ini.

Portal Antara News melaporkan, Pengarah Bahagian Siasatan Narkotik Polis Indonesia, Mukti Juharsa memaklumkan, polis membongkar 408 kes dadah berkaitan rangkaian Pramata dan menahan 884 suspek, sejak tiga tahun lalu.

Polis merampas bekalan methamphetamine dan pil ekstasi didalangi kumpulan itu, manakala rangkaian penghantar dan pengedar dadahnya di Indonesia lumpuh, kata Mukti di sini, Jumaat lalu.



Disebabkan rangkaian penghantar dan pengedar dadahnya lumpuh, sukar bagi konco Pratama untuk memasuki Indonesia.

Beliau berkata, sejak Mei tahun ini, polis membentuk pasukan petugas khas untuk memburu kumpulan Fredy Pratama di bawah Operasi ‘Escobar Indonesia’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’



“Anggota pasukan petugas khas itu setakat ini menahan 39 individu yang disyaki ahli kumpulan Fredy Pratama.

“Suspek tergolong sebagai lapisan atas dalam rangkaian tokan dadah itu,” katanya.

Mereka memainkan peranan yang berbeza, seperti berkhidmat sebagai kurier untuk mengangkut bungkusan dadah ke wilayah barat dan timur Indonesia di samping memalsukan dokumen untuk membuat kad warganegara dan akaun bank, dan pengawal kewangan.

“Polis merampas aset Pratama, termasuk 10.2 tan metrik methamphetamine; 116,346 pil ekstasi; wang tunai berbilion rupiah; hartanah dan tanah,” katanya.



Jumlah rampasan dadah milik Pratama yang dibongkar polis antara 2020 dan 2023 itu secara keseluruhan bernilai 10.5 trilion rupiah (kira-kira RM3.2 bilion).

Anggota pasukan petugas khas Polis Negara terus memburu Pratama, yang mungkin tidak berada di Indonesia.

Polis Indonesia meletakkan Pratama dalam senarai paling dikehendaki sejak 2014, manakala notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) dikeluarkan pada Jun lalu untuk menggiatkan kerjasama dengan polis Thailand dan Malaysia untuk memburu tokan dadah itu.

Operasi ‘Escobar Indonesia’ buru Fredy Pratama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button