Warga emas meninggal dunia ketika beratur ambil bantuan wang tunai



Warga emas meninggal dunia ketika beratur ambil bantuan wang tunai

Warga emas meninggal dunia ketika beratur ambil bantuan wang tunai
WARGA emas itu dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia. – AGENSI

 

MAKASSAR: Seorang wanita warga emas di Desa Mattampae, Sulawesi Selatan meninggal dunia ketika beratur menunggu pemberian bantuan wang tunai bahan bakar bersubsidi di pejabat daerah.

Wanita yang dikenali sebagai Nurhayati, 76 tahun itu dilaporkan rebah tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika menunggu giliran.

“Orang ramai sedang beratur untuk menerima bantuan tersebut, termasuk warga emas tersebut.



“Ketika menunggu giliran, wanita itu tiba-tiba rebah dan pengsan. Bantuan kecemasan diberikan segera sebelum dia disahkan meninggal dunia,” kata Ketua Kampung Desa Mattampae, Samsul Bahri kepada CNN Indonesia.

Jelas Samsul, semasa tiba di pejabat daerah tersebut, Nurhayati kelihatan sihat dan berbual dengan orang keliling.

“Dia kemudiannya duduk sebentar di atas kerusi sebelum bangun dan rebah.

“Orang ramai segera membawanya ke klinik kesihatan berhampiran, namun disahkan meninggal dunia.



“Nurhayati tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, mungkin sudah tiba ajalnya. Apa yang lebih menyedihkan, dia bercadang untuk beli makanan buat cucunya menggunakan duit bantuan tersebut,” ujar Samsul.

Jenazah wanita itu diserahkan kepada keluarganya dan dikebumikan pada hari yang sama.

Kerajaan Indonesia mula menghulurkan bantuan wang tunai kepada golongan memerlukan bagi meringankan beban mereka selepas harga bahan bakar bersubsidi dinaikkan pada awal bulan ini.

Sebanyak 20 juta keluarga layak menerima bantuan tersebut.



Terus beratur walaupun sakit lutut demi minyak masak paket

Warga emas meninggal dunia ketika beratur ambil bantuan wang tunai

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker