TikTokers Minta Maaf Video Kentut, ‘Saya Tiada Niat’ (Video)

Seorang TikTokers tampil memohon maaf secara terbuka berhubung penghasilan sebuah video yang menyaksikan tindakannya kentut di mikrofon dalam kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), baru-baru ini.

TikTokers yang dikenali sebagai Zuraidah Nasir tampil memohon maaf di hadapan Panglima TLDM, Laksmana Datuk Abdul Rahman Ayob dan beberapa pegawai dalam satu sidang media khas yang dilakukan kelmarin.

Menurut Zuraidah, dia menyedari tindakannya berbuat demikian adalah salah sehingga mendapat kecaman teruk daripada warganet.

Saya pemilik akaun Zuraidah Nasir dan merujuk kepada konten saya pada 9 Mei lalu, saya dengan ini berjumpa denga Datuk Panglima untuk membuat permohonan maaf di atas keculasan memuat naik konten video yang membawa kepada perspekif negatif sehingga mendapat kecaman.

Justeru saya dengan rendah diri memohon maaf dengan kesilapan pada video tersebut. Saya akui permohonan maaf ini didorong oleh diri sendiri selepas menyedari kesilapan saya dan tidak langsung dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Dalam masa sama, TikTokers itu turut berterima kasih kepada kepada Panglima TLDM khususnya dan seluruh anggota badan beruniform itu kerana menerima  permohonan maaf yang dilakukan.



Sementara itu, Zuraidah meminta mana-mana pihak yang ada memuat naik semula video yang tular itu untuk segera memadamnya.

Saya juga berterima kasih kepada Datuk Panglima TLDM, beberapa pegawai dan seluruh anggota TLDM kerana sudi menerima permohonan maaf daripada saya.

Di sini saya juga ingin mengaku setelah proses pembikinan video tersebut tidak melibatkan kerjasama daripada mana-mana anggota TLDM.

Permohonan maaf ini juga saya tujukan kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada warga netizen khasnya.

Saya tiada niat sekali pun untuk merendah atau menjatuhkan maruah TLDM. Saya juga berharap semua warga netizen untuk memadam video tersebut di mana-mana platform yang telah dimuat naik.

Terdahulu, orang ramai mengecam tindakan TikTokers yang mempunyai 2.6 Juta pengikut itu selepas dia memuat naik video melepaskan kentut di mikrofon dalam kapal milik TLDM.

Difahamkan, video tersebut diambil ketika dia menghadiri sambutan ulang tahun TLDM ke-89 di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 30 April lalu.

 

 

Sumber: TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker