Barca sedia bajet RM5 bilion

London: Barcelona mengesahkan lembaga pengarah kelab terbabit meluluskan bajet operasi berjumlah €1.255 bilion (RM5.73 bilion) untuk musim 2022-23.

Gergasi LaLiga, Barca bergelut dengan masalah kewangan sejak beberapa musim lalu.

Presiden Joan Laporta mahu menstabilkan dan memperkukuhkan semula kewangan kelab namun ia tidak menyekat mereka berbelanja besar pada jendela perpindahan.a

Walaupun Lionel Messi meninggalkan kelab pada 2021, Barca tahun ini menandatangani Robert Lewandowski, Jules Kounde dan Raphinha dengan bajet tinggi manakala mendapatkan Andreas Christensen, Franck Kessie, Hector Bellerin dan Marcos Alonso dengan harga rendah selain Ousmane Dembele turut diberikan kontrak baharu.



Barca menjual 25 peratus daripada keuntungan penyiaran untuk tempoh 25 tahun akan datang kepada syarikat ekuiti swasta Sixth Street dengan dua perjanjian berasingan pada Jun dan Julai selain mengikat kontrak dengan Spotity sebagai penaja baharu jersi dan stadium.

Selain menyediakan bajet lebih RM5 bilion untuk musim 2022-23, kenyataan kelab turut mendedahkan keuntungan €98 juta (RM446 juta) yang diperolehi musim lalu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker