Bihun Goreng Siam

Bihun Goreng Siam
Bihun Goreng Siam

Bihun Goreng Siam

Kali ni, jom kita masak menu yang simple saja, tapi cukup sedap dan cara masakan pun seakan-akan nenek atau mak-mak dulu iaitu Bihun Goreng siam. Bihun goreng ni agak berbeza dengan resepi bihun yang pernah di kongsi sebelum ni.

Bagi Che Nom, bahan utama untuk hasilkan bihun goreng siam ialah yang pertama, taucu, iaitu soya masin yang diperap, memang unik rasanya. Kedua, udang kering untuk rasa seafood yang sedap dalam masakan, dan air asam jawa sebagai bahan untuk seimbangkan rasa.

Resepi ni juga tak perlu diletakkan sos cili atau tomato, kicap pun tak ada letak. Cuma keseimbangan tu datang dari bahan-bahan yang disebut tadi dan juga kepandaian kita seimbangkan rasa gula dan garam, juga rasa pedas dari cili kisar yang dimasak dalam tumisan.
Memang cara orang lama atau cara klasik untuk masak bihun goreng yang sangat sedap.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kisar:
    • 1 biji bawang merah besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1 sudu besar taucu (masin)
    • Sedikit minyak masak
  • Bahan-bahan lain:
    • 300g tepung gandum
    • 1/4 cawan minyak masak
    • cawan minyak masak
    • 3 sudu besar cili kisar
    • 1 ketul isi ayam
    • 2 sudu besar sos tiram
    • Batang sawi
    • Bebola ikan
    • 4-5 sudu besar air asam jawa
    • 400g /1 bungkus bihun
    • Sedikit air
    • Garam secukup rasa
    • Gula secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)
    • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
    • Daun sawi
  • Bahan-bahan untuk taburan:
    • 2 ketul tauhu
    • Daun bawang
    • 2 biji cili merah
    • 2 biji telur rebus

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk Bihun Goreng Siam:
    1. Gaul sekata tauhu bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
    2. Goreng tauhu sehingga garing kedua belah bahagian.
    3. Kisar halus bahan-bahan tumis.
    4. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus sehingga garing dan naik bau.
    5. Masukkan cili kisar, isi ayam, sos tiram, batang sawi, sedikit garam, bebola ikan, dan air asam jawa.
    6. Masukkan bihun yang telah direndam selama jam dan kacau sehingga bihun lembut.
    7. Tambah air sedikit demi sediki serta garam, gula, serbuk pati ayam (pilihan) dan daun sawi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
    8. Masukkan taugeh, gaul dan tutup api.
    9. Kemudian, hidangkan dengan hiasan tauhu goreng, taburan daun bawang dan hirisan cili merah serta telur rebus.

Bihun Singapore Dan Sambal Kicap

Bihun Goreng Siam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker