Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.

Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula dengan sambal kicap yang pekat dan pedas. InsyaAllah sedap tambahan lagi kalau makan ramai2 dengan keluarga kt rumah. Biasanya bihun sup ni dihidang dgn cili flakes, tapi Che Nom suka kalau makan dgn sambal kicap. Kuah sup pula lebih kepada cara masakan sup sayur sebenarmya, tapi kita letak ayam dan seafood. Takde letak rempah sup langsung, rasa pedas berempah tu cuma dari lada hitam, lada sulah, dan cili padi. Sup tu ada sedikit rasa masam dari jus limau nipis. Dan yang bestnya bihun sup style Restoran Thai ni, semua dah ada kita masak sekali dalam tu dah lengkap dengan sayur, dah ada protein dari ayam dan seafood. Senang kerja mak-mak kat dapur.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kuah sup:
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang merah kecil
    • 1 ketul isi ayam
    • 1-2 sudu kecil serbuk black pepper
    • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • batang lobak merah
    • Sayur sawi
    • 5-6 putik jagung
    • 3 tangkai cili padi
    • 3 ekor sotong
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 5-6 cawan air
    • 1 kiub pati ayam
    • 5 ekor udang
    • Garam secukup rasa
    • 4 biji telur
    • Daun sup
    • Jus limau nipis
  • Bahan-bahan untuk menghidang:
    • paket bihun
    • Daun sup
    • Bawang goreng
    • Cili merah
  • Bahan-bahan untuk sambal kicap:
    • 3 ulas bawang putih
    • 1-2 biji bawang merah
    • 6 tangkai cili padi
    • 1 biji cili merah
    • 1 sudu kecil belacan
    • cawan kicap ABC
    • cawan kicap manis Kipas Udang.
    • Sedikit minyak
    • Jus limau nipis
    • Sedikit garam dan gula

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk rebus bihun:
    1. Rendam bihun dalam air selama jam.
    2. Celur bihun dalam air panas sehingga bihun mudah putus bila ditekan.
    3. Angkat bihun dan bilas dengan air untuk hentikan proses masak kemudian toskan lebihan air.
  2. Cara-cara untuk sambal kicap
    1. Potong kasar bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah besar.
    2. Panaskan minyak dan goreng bahan potong kasar dan masukkan belacan.
    3. Bila dah layu angkat bahan goreng, tapiskan minyak dan sejukkan sekejap.
    4. Masukkan bahan goreng dalam blender, kicap ABC, kicap manis Kipas Udang, minyak gorengan, gula, garam, serbuk perasa (pilihan) dan jus limau nipis.
    5. Kisar semua bahan sehingga separuh hancur.
  3. Cara-cara untuk kuah sup:
    1. Panaskan minyak masak. Tumis hirisan bawang merah dan putih.
    2. Masukkan isi ayam (potong kecil).
    3. Tabur serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.
    4. Masukkan karot, batang sawi, sayur baby corn, cili padi, sotong dan kacau sehingga sotong kecut sikit/ separuh masak
    5. Masukkan lada sulah, sos tiram dan tuang air.
    6. Masukkan daun sawi, kiub pati ayam, udang dan masak sehingga mendidih.
    7. Tambah garam dan lada sulah.
    8. Pecahkan telur dan masukkan dalam sup.
    9. Tutup api, perahkan jus limau nipis dan tabur daun sup.
    10. Hidang bersama bihun, taburan daun sup, hirisan limau nipis, sambal kicap, bawang goreng dan hirisan cili merah.

 

Tip:

 

  • Rendam sayur sawi dan daun sup sebelum potong supaya sayur segar balik.
  • Rendam bihun jam sebelum rebus supaya bihun lebih cepat lembut.
  • Rebus sup bersama tulang ayam supaya sup lebih sedap.

Bihun Singapore Dan Sambal Kicap

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker