Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]

Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]

Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]

Pelakon dan usahawan Fatin Afeefa mencuri perhatian wargamaya di media sosial selepas memuat naik video suaminya, Aliff Awang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta.

Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fatin berkongsi rakaman yang memaparkan Aliff atau lebih mesra disapa Opai sedang terlantar di atas katil hospital.

Namun, aktres berumur 29 tahun ini tidak memperincikan punca sebenar sebaliknya berseloroh dengan mengatakan Opai dipukul oleh geng kereta berjenama Honda.

Kena pukul dengan geng Honda.

Sementara itu, jutawan saham muda dilihat memuat naik video menunjukkan benjolan di bahagian tangan. Katanya, itu tanda ‘racer (pelumba) yang sebenar.’

@ohbulanofficial

Aliff Awang tampil bersuara selepas JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar 🤔 #ohbulan #sembangentertainment #opai #bersuara #nomborplat #jpj #mclaren

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Baru-baru ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan jenis McLaren milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ianya berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.

Terdahulu, Opai dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

Opai kemudian membuat permohonan maaf  menerusi satu hantaran video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.

Sumber: Instagram

Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker