Kontraktor tak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan projek lebih RM1.1 juta

Kontraktor tak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan projek lebih RM1.1 juta

Lahama (berdiri dua dari kanan), Norman (tengah) dan Juhanifah (tiga dari kiri), hadir ke Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini. NSTP / Abdul Rahemang Taiming

TAWAU : Seorang kontraktor yang juga pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 15 pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta tiga tahun lalu.

Tertuduh, Lahama Abdul Halim, 45, didakwa dengan curangnya mengemukakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata bank syarikat miliknya, Fajar Mario Engineering dan Raudhah Enterprise kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin 2020.

Selain 12 penyata akaun bank, tertuduh juga didakwa memalsukan dokumen Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia, serta Sijil Perolehan Kerja CIDB Malaysia, yang semuanya atas nama syarikat Raudhah Enterprise.



Semua dokumen palsu itu digunakan untuk tujuan menipu bagi mendapatkan Sebut Harga kerja Penyelenggaraan Bangunan dan Pagar, Baik Pulih, Naik Taraf Dan Kemudahan Lain yang berkaitan di empat sekolah menengah iaitu masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinabutan, SMK Abaka, SMK Balung dan SMK Kalabakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekolah terbabit antara 17 hingga 28 Julai 2020.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM




Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Nurul Izzati Sapifee menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, dikehendaki melapor diri kepada SPRM Tawau dua bulan sekali serta dilarang mendekati saksi pendakwaan.

Hakim Jason Juga kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan deposit RM5,000 serta membenarkan semua syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 September depan.

Sementara itu, rakan pekongsi syarikat Fajar Mario Engineering, Norman Jamil, 42, dan seorang lagi pemilik bersama Raudhah Enterprise, Juhanifah Musa, 36, masing-masing turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat mengemukakan dokumen palsu bersama Lahama.



Norman berdepan sembilan pertuduhan, manakala Juhanifah enam pertuduhan masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Syharom, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudian menetapkan kedua-dua pertuduhan disebut semula pada 12 September depan dan menetapkan ikat jamin RM20,000 (deposit RM5,000) selain tertuduh perlu melapor diri kepada SPRM Tawau dua bulan sekali.

Kontraktor tak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan projek lebih RM1.1 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button