Euro 2024 tanpa Rusia

London: Rusia disisihkan daripada undian kelayakan Kejohanan Eropah 2024 ketika pasukan negara itu masih lagi diharamkan daripada semua pertandingan susulan pencerobohon ke atas Ukraine, menurut Uefa semalam.

Bagaimanapun, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia terselamat apabila disenaraikan dalam undian namun menurut Uefa mereka tidak boleh berada dalam satu kumpulan dengan Ukraine.

Badan bola sepak antarabanga Fifa dan badan bola sepak Eropah Uefa pada Februari lalu membuat keputusan bahawa semua pasukan Rusia sama ada skuad kebangsaan atau kelab digantung daripada menyertai kejohanan Fifa dan Uefa susulan pencerobohan itu yang dianggap oleh Moscow sebagai (operasi khas tentera’).

Pada Julai lalu, Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) menolak rayuan Persekutuan Bolasepak Rusia dan empat kelab negara itu yang membantah keputusan Fifa dan Uefa itu.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker