India henti eksport beras hancur

India henti eksport beras hancur

India henti eksport beras hancur
PETANI bekerja di sawah padi di Kangan, kira-kira 11 kilometer (km) timur laut Srinagar berhampiran Lebuhraya Srinagar-Ladakh, India. – AFP

NEW DELHI: Pengeksport beras terbesar dunia, India dilaporkan mengenakan larangan eksport beras hancur dalam usaha mengawal harga domestik komoditi tersebut.

Memetik laporanΒ CNBC, firma penyelidikan, Nomura menyifatkan langkah itu bakal memberi kesan buruk di seluruh Asia.

Kerajaan India melarang eksport beras hancur dan mengenakan cukai eksport sebanyak 20 peratus ke atas beberapa jenis beras bermula 9 September lalu.

Menurut Nomura, impak ke atas negara-negara Asia bakal menjadi tidak sekata, malah Filipina dan Indonesia akan menjadi paling terdedah kepada larangan itu.



India ketika ini menyumbang kira-kira 40 peratus eksport beras global, dengan mengeksport ke lebih 150 negara.

ReutersΒ melaporkan eksport beras mencecah 21.5 juta tan pada tahun lalu.


Namun, kata Nomura, pengeluaran menurun sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun setakat 2 September lalu, berikutan hujan monsun menjejaskan hasil penuaian.

β€œBagi India, bulan Julai dan Ogos merupakan bulan `amat penting’ untuk hujan kerana menentukan jumlah beras yang disemai.



β€œMalah, tahun ini, corak hujan monsun yang tidak sekata semasa bulan itu mengurangkan pengeluaran,” kata ketua ekonomi firma penyelidikan itu, Sonal Varma.

Awal tahun ini, India juga mengenakan larangan eksport gandum dan gula untuk mengawal kenaikan harga tempatan ketika konflik Russia-Ukraine menyebabkan pasaran makanan global menjadi huru-hara.

TERUK TERJEJASΒ 

Baru-baru ini, kerajaan India memaklumkan pengeluaran beras semasa musim tengkujuh Barat Daya antara Jun dan Oktober boleh jatuh sebanyak 10 hingga 12 juta tan.

Nomura membayangkan hasil tanaman boleh merosot sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun.

Berdasarkan satu laporan dikeluarkan Nomura, kesan larangan eksport beras itu akan dirasakan oleh negara-negara yang mengimport dari India dan semua pengimport beras disebabkan implikasi terhadap harga beras global.

Hasil kajian mendapati kos beras kekal tinggi pada tahun ini, dengan kenaikan harga dalam pasaran runcit mencecah sekitar 9.3 peratus tahun ke tahun pada Julai berbanding 6.6 peratus pada 2022.

Inflasi harga pengguna (IHP) bagi beras juga meningkat 3.6 peratus tahun ke tahun pada Julai, meningkat daripada 0.5 peratus pada 2022.

Nomura berkata, Filipina yang mengimport lebih 20 peratus beras berbanding keperluan penggunaannya, adalah negara Asia yang paling berisiko kepada harga lebih tinggi.

Begitu juga, larangan eksport beras oleh India akan merugikan Indonesia.

Indonesia berkemungkinan menjadi negara kedua paling terjejas di Asia.

Jelas Nomura, negara itu bergantung kepada import beras bagi memenuhi 2.1 peratus keperluan penggunaannya.

Bagaimanapun, kata Nomura, bagi negara Asia lain pula, kesanΒ  akibat larangan eksport beras itu mungkin hanya dirasai secara minimum.

Malaysia jadi lokasi ujian skuter elektrik Yamaha

India henti eksport beras hancur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker