Kabinet setuju bubar Parlimen selepas UNGA?

Segalanya akan terjawap

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kabinet setuju bubar Parlimen selepas UNGA?

Kabinet yang dijangkakan bermesyuarat hari ini akan menentukan samada Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat atau selepas selesai Persidangan UNGA. Difahamkan suhu politik semakin panas tidak lagi menyebelahi mana-mana pihak bagi menangguhkan tarikh pembubaran Parlimen.



Pengerusi Majlis Pemulihan Negara merangkap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 19 September 2022, meyarankan agar Parlimen dibubarkan.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap ada keperluan untuk penggantinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen secepat mungkin bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan yang lebih efektif. – Muhyiddin Yassin-Awani

Beliau menyifatkan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri gagal menguruskan ekonomi dan negara memerlukan sebuah kerajaan yang lebih stabil bagi menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Kabinet setuju bubar Parlimen selepas UNGA?



Perkara berkaitan kestabilan politik telah lama dibicarakan banyak pihak, namun ramai berkata kerajaan sediada sudah memadai. Muslihat tersirat untuk menyakinkan rakyat kedudukan sebuah kerajaan campuran seperti sekarang hanyalah mitos politik mereka yang ‘gila kuasa’.

“Dakwaan Muhyiddin yang mengatakan Ismail gagal mentadbir negara itu tidak benar, sebab perdana menteri tiada kuasa mutlak untuk apa saja yang dirancang kerana pertama, mesti mendapat persetujuan Muhyiddin dan pemimpin lain.

“Kedua, perdana menteri tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi sebab kebanyakan cadangan dibantah oleh rakan dalam kerajaan,” – Bung Moktar Radin

Bukan sedikit kerosakan berlaku dalam negara apabila kerajaan tidak mempunyai asas kestabilan politik.



Jika disenaraikan mengapa pelabur luar tidak berminat untuk memasuki Malaysia, kestabilan politik akan berada di tempat pertama sebagai rujukan mereka. Sebarang perubahan dasar kerajaan amat kritikal buat pelabur bagi menjamin pulangan pelaburan yang dilakukan mereka.

Ramai telah mengkritik struktur kabinet Keluarga Malaysia yang masih mengekalkan sebahagian besar Menteri yang pernah berkhidmat untuk Pakatan Harapan semata kerana mereka telah beralih ke Perikatan Nasional.

Kabinet setuju bubar Parlimen selepas UNGA?

Ibarat “mendukung biawak hidup”, kini Ismail Sabri mula dikecam Kem Perikatan Nasional walaupun mereka duduk semeja dalam kabinet.



Kini sudah tiba masanya Ismail Sabri lebih tegas dan menunjukkan sikap sebagai seorang Perdana Menteri yang diberikan hak prerogatif untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi pembubaran Parlimen.

Rakyat sudah bersedia untuk Pilihanraya Umum Ke-15.

Muhyiddin sudah sedia tekan butang PRU

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button