Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan

Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Rata-rata pengguna di media sosial memaklumkan perkara itu berlaku di beberapa kawasan secara mengejut.

Antara kawasan yang dilaporkan mengalami gangguan ialah di Cheras, Subang, Ampang, Kepong, Hartamas, Bukit Damansara dan Shah Alam.

Kawasan lain yang turut dilaporkan mengalami gangguan elektrik ialah bangunan Mahkamah di Jalan Duta.

Selain itu, pengguna media sosial turut memaklumkan beberpa negeri turut mengalami gangguan antaranya Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dialami oleh pengguna ketika gangguan bekalan,” katanya

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker