Kerajaan akan bawa masuk 10,000 orang pekerja dari Sri Lanka

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia bersetuju membawa masuk 10,000 pekerja dari Sri Lanka bagi membantu negara itu yang kini berdepan krisis ekonomi terburu pernah dihadapinya.

Menterinya, M Saravanan, berkata kerajaan Sri Lanka membuat permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan meminta kuota sebanyak 10,000 pekerja.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Sept lalu bersetuju mengambil 10,000 pekerja dari Sri Lanka.

“Ini adalah satu usaha kerajaan membantu Sri Lanka yang kini berdepan dengan krisis ekonomi terburuk yang pernah dihadapi negara itu,” katanya dalam kenyataan.



Saravanan berkata, beliau menggesa pemain industri dan majikan untuk memberi sokongan kepada usaha itu dengan menggajikan pekerja warga Sri Lanka dalam sektor dibenarkan untuk warga asing.

“Mana-mana majikan yang diberi kelulusan kuota dan menyelesaikan bayaran levi boleh memohon untuk mendapatkan pekerja warga Sri Lanka ini.

“Sehingga 14 Sept, sebanyak 416,634 permohonan untuk mendapatkan pekerja warga asing sudah membayar levi,” katanya.

Menurutnya, majikan yang berminat boleh menghantar emel ke Bahagian Pengurusan Pekerja Migran di [email protected] atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di [email protected].



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker