Kereta terbabas ke dalam gaung, tiga orang cedera

Seorang daripada mereka cedera parah.

LIPIS – Tiga cedera termasuk seorang parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung berhampiran Dewan Orang Ramai Kampung Baru Penjom dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.04 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah kereta Toyota Vios telah terbabas ke dalam gaung. Terdapat dua lelaki dan seorang wanita telah tersepit di dalam kereta berkenaan.



“Pihak bomba bertindak membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah telah dibawa naik oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Lipis dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan kereta Toyota Vios itu sebelum menamatkan operasi.

© Astro Awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker