Lapan daerah di Selangor termasuk di dalam ‘hotspot’ banjir



Shah Alam: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengenal pasti lapan daripada sembilan daerah di Selangor sebagai ‘hotspot’ atau lokasi tumpuan banjir.

Menurut agensi itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan lapan daerah terbabit adalah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, manakala daerah yang tidak disenarai ialah Hulu Selangor.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebooknya malam ini, Nadma memaklumkan lokasi tumpuan berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari 2019 hingga 2022.

Pada masa sama, semua sembilan daerah di Selangor itu diletakkan sebagai berisiko banjir dan penentuannya adalah berdasarkan kawasan terbabit pernah dilanda banjir.



Orang ramai yang ingin mendapatkan senarai terperinci kawasan boleh merujuk Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Instagram, Majlis Keselamatan Negara.

METRO


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker