Lim Kit Siang persoal Hasni, dari mana tahu bahawa beliau akan bertanding

PETALING JAYA – Lim Kit Siang berkata, kerusi Parlimen Iskandar Puteri yang disandangnya ketika ini adalah kerusi terakhir dalam karier politiknya.

Sehubungan itu beliau menafikan dakwaan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Bakri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tidak tahu dari mana Hasni mendapat maklumatnya, tetapi dia terbukti seorang pemimpin politik dan pakar strategi yang licik, menyampaikan maklumat yang palsu.



“DAP dan Pakatan Harapan (PH) bersyukur kerana Hasni adalah pemimpin UMNO di Johor yang percaya dengan maklumat yang salah.

“Untuk makluman Hasni, saya telah bersara daripada politik dan saya tidak mengetahui sebarang mesyuarat DAP baru-baru ini yang didakwa membincangkan pencalonan saya bagi kerusi Parlimen Bakri pada PRU15,” katanya.

Sebelum ini, Hasni mendakwa Kit Siang bakal melakukan pusingan U dengan tetap bertanding dalam pilihan raya ketika beliau sudah mengumumkan tidak lagi berbuat demikian.

Hasni mendakwa, Kit Siang tidak akan mempertahan kerusi Parlimen Iskandar Puteri sebaliknya menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bakri yang kini disandang Yeo Bee Yin.



Dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Mac lalu, Kit Siang mengumumkan bersara dalam politik dan tidak akan mempertahan kerusi Parlimen disandangnya pada pilihan raya akan datang.

Susulanm itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang juga anak Kit Siang berkata, keputusan bapanya tidak bertanding pada PRU15 adalah muktamad.

© Utusan Online 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button