Luqman Hakim bantu KV Kortrijk benam Virton

KUALA LUMPUR: Penyerang muda kebangsaan yang sedang berkelana di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin terus mencipta sensasi apabila membantu skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan Virton 2-1, Sabtu lalu.

Jaringan dihasilkan penyerang berusia 20 tahun itu pada minit ke-69 sekali gus membolehkan skuad remaja KV Kortijk itu mendahului 2-0 selepas Souhaib Daali memberikan gol pertama buat mereka pada minit ke-55.

Jaringan Luqman itu turut menarik tumpuan selepas pemain itu menghasilkan jaringan menarik sehingga mendapat pujian daripada beberapa pemain bola sepak tempatan serta pelayar Internet.



Klip jaringan itu dikongsi Luqman menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Menerusi klip pendek itu, Luqman mengawal hantaran jauh dengan baik sebelum mengatasi kawalan beberapa pemain Virton dan melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gawang Virton yang jelas tidak mampu berbuat apa apa.

Beberapa pemain tempatan yang berkesempatan meninggalkan komen adalah antaranya Akhyar Rashid yang menulis ‘top class’ dan Arif Aiman Hanapi yang berkata ‘mantap me’ serta Azri Ghani dengan komen ‘awak meme zahat’.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button