Mahathir takut kalah jika PRU15 tahun ini

Guna GTA untuk kepentingan Mahathir



Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir takut kalah jika PRU15 tahun ini

Tun Mahathir takut kalah dan bagi memastikan beliau sentiasa berada setapak di hadapan, beliau memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan PRU15 dijalankan tahun ini.

Bahang PRU15 semakin terasa bila semua parti politik mula mempersiapkan jentera masing-masing untuk turun padang mendekati pengundi.

Tidak kurang juga PEJUANG, yang kini lebih gemar dikenali dengan akronim GTA (Gerakan Tanah Air) untuk kepentingan politik Tun Mahathir.



Menubuhkan GTA merupakan antara muslihat terbaru Pengerusi PEJUANG bagi ‘membeli jiwa’ pengundi Kaum Melayu. Mahathir terpaksa menggunakan taktikal sebegini kerana sedar beliau bukan lagi pilihan pengundi.

Ahli Parlimen Langkawi itu memahami betapa bencinya ‘Penganut’ Pakatan Harapan kepadanya selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2020.

Mahathir telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan selepas berjaya ‘membodohkan’ rakyat dengan tohamahan serta dakyah untuk menjatuhkan BN pada PRU14.

Drama airmata kononnya menginsafi nasib Kaum Melayu, Mahathir akan cuba mempengaruhi minda pengundi bahawa beliau adalah pejuang nasib Melayu yang tulin.



Cubalah cari sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri dari 16 Julai 1981 sehingga 31 oktober 2003, apa yang Kaum Melayu atau Bumiputera perolehi? Berapa ramai jutawan yang dilahirkan Mahathir menerusi dasar-dasar pentadbiran beliau?

Atau semua projek mega hanya akan diagihkan kepada kroni serta individu berkepentingan untuk kelangsungan politiknya?

MANIFESTO PENUH ‘PENIPUAN’ SEBABKAN POPULARITI PH MERUDUM

Mahathir takut kalah jika PRU15 tahun ini

Dengan menggunakan manifesto menipu, PH telah memperdayakan ramai pengundi bagi memperolehi kemenangan. Namun demikian, menyedari telah diperdaya, rakyat mula membandingkan BN dengan PH.

Mahathir, selaku salah seorang ‘master mind’ bersama PPBM dengan bangganya mempergunakan kepercayaan PKR yang memberi kebenaran penggunaan lambang parti sebagai ‘umpan’ bagi meraih undi.



Akhirnya, PKR hanya mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil hati Presiden PKR ketika itu, Wan Azizah.

Mahathir takut kalah jika PRU15 tahun ini

Menyedari peluang untuk kembali mendapatkan sokongan seperti zaman Pakatan Harapan agak sukar, Mahathir beralih kepada NGO dan sebuah parti ‘cap ayam’ iaitu Putra bagi menubuhkan GTA.

Pada asasnya, GTA sebenarnya tidak mampu memberi impak dalam politik Malaysia hari ini. Malah, jika dibuat perbandingan satu lawan satu, gabungan dalam GTA belum tentu dapat mengatasi populariti AMANAH.

Mahathir tidak perlu khuatir kalah kerana karier politiknya sudah kelihatan akan berakhir tidak lama lagi.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker