PBB perlu buat pembaharuan – PM Jepun

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida semalam berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat pembaharuan dan memperkukuhkan fungsinya untuk mengembalikan kredibilitinya susulan perang Rusia terhadap Ukraine.

Mendesak badan dunia itu untuk menegaskan semula mengenai pentingnya orde berasaskan peraturan antarabangsa, Kishida turut mengkritik Rusia kerana mengancam kemungkinan penggunaan senjata nuklear semasa konflik ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.

Perdana Menteri Jepun itu berkata “tindakan yang khusus akan menjadi penting dalam mengembalikan kredibiliti Majlis Keselamatan (UNSC) (PBB),” lapor Agensi Anadolu.

Kishida berkata Jepun juga bersedia untuk adakan hubungan dengan Korea Utara dan beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tanpa sebarang prasyarat.



Kedua-dua negara bergelut dengan isu yang lahir dari era perang, termasuk penculikan warga Jepun dan program nuklear Pyongyang.

“Sudah tiba masanya untuk kembali kepada idea dan prinsip-prinsip piagam dan menggerakkan kuasa dan kebijaksanaan kita untuk memastikan ketenteraman berasaskan peraturan antarabangsa,” kata Kishida.

Perdana Menteri Jepun juga menyebut bahawa percubaan untuk mengubah status quo dengan kekerasan dan paksaan tidak boleh dimaafkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker